Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama calon-calon BN DUN Kemayan, Guai serta Triang hadir pada hari Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2022.

BERA – Sekarang masa untuk fokus kemenangan Barisan Nasional (BN) dahulu bukan soal pemilihan parti.

Itu tegas Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Yang penting saya menang Bera dan kedua BN menang dan boleh bentuk kerajaan. Itu penting sekarang, saya tak mahu saya menang (tapi) parti kalah macam PRU14, saya jadi Ketua Pembangkang,” katanya pada sidang media hari ini.

Ditanya sejauhmanakah keyakinan terhadap kemenangan, Ismail Sabri berkata, setiap calon BN yang bertanding mesti yakin dan beliau juga yakin berbuat demikian di Bera.

“Saya sendiri yakin dan BN juga yakin seperti dinyatakan kepimpinan berkali-kali. Kita yakin kali ini kita jadi parti dominan,” tegasnya.

Menurut beliau, tidak kiralah berlaku berapa penjuru dalam pertandingan atau satu lawan satu namun keyakinan kena diperkukuhkan.

“Well some peoples and analisis feel better three corner fight, some better straight fight. Itu tak kisah, yang penting kita kerja keras dan rakyat terima kita dan insya-Allah kita akan menang dengan pertambahan kerusi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast