Kredit: Bomba Selangor

SHAH ALAM – Tujuh sekeluarga dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan limpahan akibat ban pecah di sekitar Pekan Tanjong Karang, awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan empat hingga 70 tahun itu dipindahkan ke rumah jiran.

“Seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja kami menerima panggilan kecemasan pada 4.07 pagi.

“Operasi pemindahan kemudiannya dilakukan bermula 5.25 pagi tadi melibatkan sebuah keluarga selepas rumah mereka dinaiki air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata keadaan kini terkawal dan limpahan air setinggi satu meter awal pagi tadi di sekitar pekan itu telah surut.

Katanya pihaknya kini sedang berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk proses  pembaikan ban.

“Air menunjukkan tren penurunan bermula 6.13 pagi dan pemantauan oleh bomba masih dilakukan di kawasan sekitar untuk sebarang kemungkinan,” katanya.

— BERNAMA

 


IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast