Foto Facebook Suraya Yaacob.

KUALA LUMPUR – Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob bertembung dengan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim dari Pas buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi merebut kerusi Parlimen Pendang.

Beliau sebelum ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang selama empat penggal berturut-turut dipilih sebagai calon BN pada PRU15.

Walaupun ini adalah pengalaman pertama bertanding di peringkat Parlimen namun ia bukan masalah besar buat diri Suraya yang mesra dipanggil Kak Su untuk menukar warna biru di kawasan itu yang terkenal dengan warna hijau milik Pas.

“Harap semua ingat ya calon no4!! Kita birukan Pendang kali ni!” tulis di Facebook miliknya di sini.
Suraya dan Awang bakal menghadapi pertandingan empat penjuru dengan dua lagi calon iaitu Zulkifly Mohamad (PH) dan Abdul Rashid Yob (Pejuang)
Pada PRU15, terdapat kira-kira 20,000 orang pengundi muda yang berdaftar secara automatik di Parlimen Pendang daripada jumlah keseluruhan 74,867 pengundi.

Suraya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Pendang sebelum ini melepaskan jawatannya sebagai Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, dan Tenaga negeri pada 13 Oktober lalu.

Beliau menegaskan tindakan itu diambil untuk memberi fokus kepada kerja-kerja parti bagi menghadapi PRU15.

Suraya dan Awang bakal menghadapi pertandingan empat penjuru dengan dua lagi calon iaitu Zulkifly Mohamad (PH) dan Abdul Rashid Yob (Pejuang). – MalaysiaGazette