KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan wanita terkenal akan didakwa kerana melakukan penghantaran komunikasi bersifat sumbang di Mahkamah Sesyen Jenayah Sepang, Selangor, esok.
Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, ahli perniagaan berusia 50-an itu akan didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang.
“Wanita itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah (1) Sepang, pada jam 9 pagi 8 November 2022,” kata SKMM.
Difahamkan, wanita itu melakukan kesalahan berkaitan sebuah lagu di laman Youtube yang viral di media sosial beberapa bulan lepas.-MalaysiaGazette