Hasbie Muda

MENTAKAB – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Temerloh berjanji akan menyelesaikan masalah harga palet ikan patin yang mahal dan membebankan para penternaknya.

Hasbie Muda yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional itu juga mahu meningkatkan ekonomi penduduk supaya mereka boleh makan ikan patin yang kini semakin mahal.

“Masalah cukup banyak, masalah rakyat ekonomi paling rasa dan
berhadapan masalah harga barang. Siapa yang makan lobster hari ini? Ikan merah? Ikan tenggiri? Tiada. Rakyat semakin tak mampu.

“Bukan setakat itu, ikan patin pun rakyat tak mampu. Harga palet pula RM22 hingga RM23 (sebungkus),” ujarnya dalam ceramah di sini malam ini.

Hasbie juga mendakwa calon Barisan Nasional, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin yang bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 bagi parlimen yang sama gagal membantu penternak ikan patin walaupun sudah lama menjadi wakil rakyat.

“(Dia) exco kerajaan negeri, apa dia buat untuk rakyat Temerloh. Sekarang dia bertanding Parlimen. Apa dia bela penternak ikan patin?” soalnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Aduhai.. bnyk2 isu.. isu palet ikan patin kau pilih…cari la hal yg bernas sikit.. Ni la standard hang

Comments are closed.