Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya masih mengalami masalah sistem pemanduan automatik yang menyebabkan gangguan perkhidmatan di antara Stesen Kelana Jaya dan Stesen KLCC.

Rapid KL berkata, jurutera syarikat itu sedang mengenal pasti masalah yang mula dikesan pada jam 8.39 malam tersebut, dan bagi memastikan keselamatan para penumpang, pihak operator telah mengambil keputusan menghentikan perkhidmatan di antara Stesen Ampang Park dan Stesen Kelana Jaya pada jam 10.15 malam.

Bagi menampung pengguna yang terjejas, pihak operator juga telah menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi stesen-stesen yang terlibat.

Para penumpang juga telah diminta menggunakan mod pengangkutan alternatif.

“Segala kesulitan ekoran gangguan ini adalah amat dikesali dan pihak Rapid Rail ingin memohon maaf kepada semua penumpang yang terkesan,” kata syarikat itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast