Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama calon BN N.37 Guai, Datuk Sabariah Saidin (tiga kanan) menyantuni masyarakat setempat yang hadir pada Program Kenduri Rakyat bersama Penduduk Kampung Bohor Baru sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 08 NOVEMBER 2022.

BERA – Persepsi yang dibawa pembangkang kononnya Presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15)  ternyata gagal.

“Alhamdulilah UMNO dalam solidariti yang masih solid dan tak terpengaruh persepsi negatif oleh pembangkang.

“Tidak ada perpecahan antara saya dan Zahid. Tiada masalah,” kata Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang Ismail Sabri tetap menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Seperti semua pemimpin BN dan UMNO cakap, tujuan menamakan orang lain itu untuk kelirukan pengundi untuk pecah belahkan pemimpin UMNO dan BN.

“Jadi dengan kenyataan semua presiden parti komponen dan Zahid serta Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) akhirnya telah menjelaskan segala apa persepsi yang dicpita pembangkang adalah palsu dan fitnah semata-mata bertujuan pecah belahkan dan wujudkan persengketaan dalam UMNO,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.