MARAN – Sebanyak RM16 juta diperuntuk untuk melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Maran bagu mengatasi masalah bencana alam itu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek tersebut telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan dan dijangka bermula pada Disember ini.
“Projek Rancangan Tebatan Banjir di Maran telah diluluskan sepanjang 3.5 kilometer dengan kedalaman satu meter.
“Usaha kerajaan negeri dijalankan selama ini secara berperingkat demi peringkat bagi meminimakan masalah banjir,” katanya di sini hari ini.
Tambah Wan Rosdy, projek itu akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka siap tahun 2023.
Beliau turut mengulas tentang kejayaan menarik pelaburan jutaan ringgit menerusi pembinaan kilang membuat bioplastik di Maran.
“Bagi Pahang kita sangat menunggu kedatangan pelabur ke negeri Pahang, pembinaan kilang membuat bioplastik dijangka dieksport ke negeri lain kerana pemintaan sentiasa tinggi.
“Semoga pelaksanaan projek ini dimulakan secepat mungkin supaya dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat di Maran,” katanya.
Pembinaan kilang memproses produk hiliran itu akan dibangunkan secara berfasa bermula tahun 2023 untuk tempoh 15 tahun akan datang bakal menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan. – MalaysiaGazette