IPOH – Calon Barisan Nasional (BN) Ipoh Barat Low Guo Nan, 39 yang merupakan aktivis masyarakat mahu meminda undang-undang berkaitan penipuan dalam talian jika menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
Timbalan Ketua Pusat Perkhidmatan dan Biro Pengaduan MCA Kebangsaan itu popular dalam kalangan masyarakat cina kerana selalu muncul di kaca televisen membantu mangsa penipuan dalam talian.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ah Nan dalam kalangan masyarakat Cina berkata, undang-undang yang ada tidak memberi banyak kelebihan kepada mangsa.
“Di Malaysia, sebab undang-undang kita tak boleh nak tuntut balik duit ditipu walaupun sindiket penipuan dapat ditangkap. Jadi masyarakat rasa kalau ditipu, tak boleh nak tuntut, buang masa buat laporan.
“Kalau undang-undang kita ada perubahan daripada sudut dasar di mana sindiket dapat ditangkap, dibuktikan bahawa mereka menipu duit mangsa, duit dapat dituntut balik ramai yang akan buat laporan polis,” kata beliau.
Bagaimanapun Ah Nan berkata, popularitinya kerana banyak membantu mangsa-mangsa penipuan bukan satu kelebihan dalam memenangi PRU15.
Ini kerana penyandang kerusi daripada DAP DAP M. Kulasegaran lebih ‘glamour’ daripada dirinya.
Menurut Ketua Pemuda MCA Ipoh Barat itu dia mempunyai tugas yang berat untuk mengalahkan Kulasegaran yang disifatkan sebagai calon gergasi.
“Saya tak berani kata saya popular, berbanding giant. calon PH sudah hampir empat tahun, 20 tahun, giant di sini. tak pernah kalah.
“Kalau populariti saya rasa dia lebih popular daripada saya tapi saya rajin kerja dan tetap berkhidmat,” katanya.
Sementara itu beliau berkata, pengundi berketurunan Cina tidak lagi mahu mengundi pemimpin yang hanya pandai bermain wayang.
Menurut Ah Nan, sentimen pengundi terhadap ahli politik terbabit berubah selepas mereka diberi peluang untuk memerintah yang hanya bertahan selama 22 bulan.
Ah Nan berkata, sentimen kaum Cina kepada BN dan MCA semakin mesra berbanding ketika Pilihan Raya Umum ke-14.
“Impian mereka (tukar kerajaan) sudah tercapai. Dalam 22 bulan masyarakat sudah nampak apa sudah terjadi. Lepas tukar kerajaan lagi teruk dan hakikatkanya kita perlu terima Malaysia jadi lebih kecoh.
“Sekarang banyak penngundi saya ada dengar tidak ada mood hendak mengundi. Undi kerajaan boleh bertukar, dan tumbang sendiri letak jawatan. Apa tujuan hendak mengundi? Lepas tukar politik tidak stabilkan.
“Banyak yang kata sudah muak dengan keadaan politik yang pru14, ada kata tak mahu mengundi. Tapi kita galakkan dia keluar mengundi,” kata Ketua Pusat perkhidmatan dan Biro Pengaduan MCA Perak itu.-MalaysiaGazette