JAKARTA – Nahas pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air yang mengorbankan 62 orang tahun lalu disebabkan kerosakan dalam sistem engin dam kelewatan maklum balas juruterbang.
Penerbangan SJ-182 terjunam ke dalam Laut Jawa pada 9 Januari 2021 sejurus selepas berlepas dari Jakarta.
Semua penumpang terkorban.
Dalam laporan siasatan insiden itu, penyiasat menyalahkan beberapa faktor termasuk sistem engin yang rosak berulang kali.
Ia merupakan kemalangan udara terbesar ketiga di Indonesia dalam tempoh enam tahun.
Penyiasat berkata pesawat itu – yang berusia 26 tahun – mempunyai sistem engin automatik yang mengalami kerosakan, tidak lama selepas berlepas.
Ia telah menyebabkan pesawat itu condong mendadak di luar laluan sebelum menunduk pada paras 3,000 meter (10,000 kaki) ke dalam laut, kata Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT).
Penyiasat juga menyatakan bahawa mereka yang berada di kokpit tidak bertindak balas terhadap penyimpangan pesawat pada waktu itu – mungkin disebabkan rasa puas hati yang mengakibatkan “kurang pemantauan” daripada juruterbang.
Penyiasat dalam laporan yang dikeluarkan hari ini berkata, keadaan ini disebabkan kekurangan latihan untuk juruterbang tentang cara bertindak dalam situasi kecemasan.
Tragedi ini adalah ketiga berlaku di Indonesia sebelum dua lagi nahas pesawat.
Pada 2014, sebuah jet AirAsia A320 terhempas semasa cuaca buruk di Laut Jawa, mengorbankan 162 orang.
Empat tahun kemudian, pada 2018, sebuah pesawat Boeing 737 Max Lion Air terhempas ke dalam laut, menyebabkan 189 orang. – Agensi