Calon BN Parlimen Raub, Chong Sin Woon makan bersama veteran UMNO di Kampung Gali Hilir, Raub hari ini.- Gambar FB

RAUB – Masalah bekalan merupakan masalah utama yang akan ditangani Chong Sin Woon jika diberi amanah sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 15.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub itu berkata, ia masalah pertama yang perlu diselesaikan memandangkan masalah berkenaan mempengaruhi kehidupan penduduk.

“Isu utama Raub adalah isu bekalan air, kita tak boleh lari dari fokus selesai bekalan air. Ia sangat-sangat mempengaruhi kehidupan harian,” kata Setiausaha Agung MCA itu dalam sidang media mengenai akujanjinya hari ini.

Menurut Sin Woon, walaupun kerajaan negeri telah melakukan pelbagai insiatif untuk melaksanakan pembaikan bekalan air namun ia belum mencukupi.

“RM70 juta diperuntuk kepada Raub dan projek sudah dimulakan tapi tidak cukup selesai keseluruhannya, ia perlu peruntukan bilion ringit dan perlu bantuan kerajaan persekutuan dan sekiranya saya dipilih saya akan berusaha gigih dapatkan sokongan khusus peruntukan yang sekucup selesai masalah ini,” ujarnya.

Kedua, menurutnya, bagi mempertingkatkan pencapaian dan akses rangkaian internet di luar bandar.

Walaupun ia isu seluruh negara namun perlu diusahakan bagi memastikan anak murid tidak terseksa apabila belajar secara dalam talian.

Baru-baru ini beliau sendiri menguruskan pertukaran simkad syarikat telco kepada pelajar sekolah apabila simkad terdahulu tidak mendapat pencapaian internet di Raub.

“Saya boleh rasa kesusahan ini dan akan syarat utama untuk kita mencapai kemajuan,” katanya.

Ketiga, Sin Woon mahu mendapatkan perkhidmatan doktor pakar secara tetap di Raub dan telah membincangkan perkara itu dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Doktor pakar datang ke sini sebulan sekali sahaja dan kita kena ada doktor pakar yang bertugas sepanjang masa di Raub

Meningkatkan sektor pertanian juga menjadi salah satu dalam akujanjinya termasuk menyelesaikan isi tanah penanam pokok Durian King.

Menurutnya, insentif kepada petani muda perlu bagi mereka menguasai kemahiran moden dan membawa masuk teknoloi luar dari Jepun dan Taiwan.

Beliau berkata akujanji yang dobuat itu hasil kajiannya selepas lebih setahun melakukan pemerhatian di Raub terutama waktu Perintah Kawalan Pergerakan semasa pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette