Statistik maklumat terkini mangsa terjejas banjir di seluruh negara bertarikh 13 November 2022setakat 8 pagi. Sumber NADMA Facebook

KUALA LUMPUR – Bilangan mangsa banjir meningkat kepada 2,269 orang membabitkan 656 keluarga sehingga pukul 8 pagi hari ini berbanding 1,359 orang daripada 345 keluarga semalam.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata,  ia membabitkan tujuh negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Kelantan dan terbaharu adalah Melaka.

“Daripada angka itu, Kelantan merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 951 mangsa disusuli Selangor (699 mangsa) diikuti Pulau Pinang (236), Kedah (112), Melaka (40) dan Perak (10),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa telah ditempatkan di 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di 12 daerah di tujuh negeri itu dengan satu PPS ditutup hari ini.

Nadma berkata, sebanyak 311 keluarga di Kelantan ditempatkan di enam PPS, 172 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS di Selangor dan sebanyak 81 keluarga di Pulau Pinang berada di tiga PPS.

“Sebanyak 52 keluarga terjejas banjir di Johor pula dipindahkan ke lima PPS yang diaktifkan di negeri selatan tanahair itu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast