Pakatan Harapan telah menurunkan papan iklan di Kluang, Johor yang mengandungi kesilapan ejaan.

KUALA LUMPUR- Pakatan Harapan (PH) menurunkan papan iklan yang mengandungi kesilapan ejaan “berat sama dipukul” yang tular di media sosial semalam.

Calon PH Kluang, Wong Shu Qi dalam kenyataannya berkata, papan iklan itu diturunkan dua jam selepas ia dipasang Jumaat lalu, sejurus pihaknya menyedari kesilapan berkenaan.

“Kami mengakui kesilapan ini dan ia adalah kesilapan menaip perkataan terbabit.

“Dalam papan iklan itu, kami ingin berkongsi usaha-usaha yang telah dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan orang awam,” katanya yang juga penyandang kerusi Parlimen berkenaan.

Shu Qi turut berterima kasih kepada orang ramai yang menegur kesilapan itu sehingga pihaknya boleh membuat pembetulan segera.

Semalam, tular sekeping gambar yang menunjukkan sebuah papan iklan milik PH yang menunjukkan kesilapan ejaan pada peribahasa Melayu.

Peribahasa yang sepatutnya “berat sama dipikul, berat saya menjinjing” itu mengandungi kesalahan ejaan ketara yang membawa maksud yang berbeza.

Hantaran tersebut mendapat kecaman warga net.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast