Datuk Seri Hishamuddin Hussien hadir ke Parlimen Sungai Siput bagi memberikan sokongan kedua calon-calon bertanding.

SUNGAI SIPUT – Sungai Siput adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan ia akan menjadi hak BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berikutan itu, Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien memberi peringatan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim agar jangan cuba pengintai Sungai Siput.

Menurut Hishammudin, beliau ada mendengar Presiden PKR akan berkempen dan bertemu pengundi Sungai Siput dalam masa beberapa hari lagi.

“Kita gegarkan dewan ini, kepada Anwar, jangan cuba intai Sungai Siput. Ini tempat hak milik dan kubu kuat BN.

“Saya tahu PM (Perdana Menteri) akan datang dalam sehari dua lagi. Saya hendak beliau yang kini di Bera untuk dengan suara kuat dan semangat di Sungai Siput ini, biar dengar hingga ke sana. Hidup BN. Bangkit,” katanya

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata demikian di hadapan lebih 3,000 penyokong BN di Dewan Konvensyen Sungai Siput, di sini, hari ini.

BN meletakkan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran merebut kerusi Parlimen Sungai Siput manakala Datuk Mohd Zolkafly Harun (Lintang) akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pan Chean Chang bertanding di Jalong.

Sementara itu, Hishamuddin menggesa jentera pilihan raya bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon-calon BN pada PRU15.

“Vicky (Vigneswaran) ini adalah kawan karib saya sejak lebih 30 tahun malah beliau sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya,” ujarnya

Katanya, Vigneswan mempunyai semangat juang yang tinggi dan akan menjaga kepentingan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast