Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bergambar kenangan dengan para penerima pada Majlis Sesi Pengagihan Perantisiswa Keluarga Malaysia di SMK Mengkarak, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2022.

BERA – Kerajaan sentiasa menjaga kepentingan rakyat khususnya pelajar dari keluarga golongan B40 di luar bandar supaya tidak ketinggalan dalam arus kemajuan khususnya arus digitalisasi.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sejumlah 12,900 atau 65 peratus tablet telah diagihkan kepada mahasiswa yang layak di Pahang.

““Bagi Negeri Pahang, sejumlah 19,806 permohonan telah diluluskan. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyasarkan untuk menyelesaikan pengagihan baki permohonan yang telah lulus pada hujung bulan ini,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Sesi Pengagihan Perantisiswa Keluarga Malaysia di SMK Mengkarak, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2022.

Ismail Sabri yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera berkata demikian dalam ucapannya ketika singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak dalam Sesi Pengagihan Perantisiswa Keluarga Malaysia yang dilaksanakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di sini hari ini.

“Sesi agihan ini melibatkan tiga buah sekolah tingkatan enam di Bera iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak, Sekolah Menengah Kebangsaan Triang dan Sekolah Menengah Kebangsaan FELDA Purun,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, lebih 252,000 atau 73 peratus tablet telah diedarkan di seluruh negara dalam masa kira-kira dua bulan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast