Calon Barisan Nasional N.37 Guai, Datuk Sabariah Saidin berucap pada Program Bersama Masyarakat Kampung Durian Tawar sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 15 NOVEMBER 2022.

BERA – Pengundi dinasihatkan supaya memilih Barisan Nasional (BN) bagi menobatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai, Datuk Sabariah Saidan berkata, peluang itu tidak boleh dilepaskan kepada orang lain.

“Ya, nobatkan dia (Ismail Sabri)sebagai PM . Dia seorang sahaja dalam Malaysia PM dari Bera, jangan lepaskan kepada orang lain.

“Sekali pangkah beri kesan lima tahun,” katanya ketika ditemui semalam.

Sabariah merupakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bera dan pertama kali menjadi calon menggantikan Datuk Norol Azali.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, tidak ada salahnya pengundi memilih calon wanita kerana yang penting perkhidmatan kepada rakyat juga boleh diberi oleh golongan hawa.

“Saya bukan seorang sahaja calon wanita dalam PRU15, ramai lagi. Lagi pun saya pernah redah banjir, hulurkan bantuan seperti calon lelaki lain,” ujarnya lagi.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Norol yang berlapang dada melepaskan kerusi itu kepadanya dan menganggap exco kerajaan negeri itu sebagai mentor dan gurunya dalam politik.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast