Persiapan hari pengundian PRU15.

SUNGAI BULOH – Sebanyak 28 Pusat Mengundi bagi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan berlangsung esok.

Sebanyak 11 pusat pengundian di bawah Dewan Undangan Negeri (Paya Jaras) manakala selebihnya adalah di bawah Dun Kota Damansara.

Salah satunya adalah Dewan MBSA, Paya Jaras.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula membuat persediaan di dewan berkenaan sejak 3 petang tadi.

MalaysiaGazette difahamkan, sebanyak tujuh saluran di pusat pengundian tersebut.

Seramai 670 daftar pemilih bakal mengundi di saluran dua, tiga, empat, lima dan enam.

Manakala 450 daftar pemilih di saluran 1, termasuk 695 di saluran tujuh.

Secara keseluruhan seramai 158,090 daftar pemilih yang bakal mengundi di Parlimen berkenaan kali ini.

Daripada jumlah berkenaan 67,000 daripadanya adalah pengundi kali pertama.

Sungai Buloh menyaksikan pertandingan tujuh penjuru di antara Datuk Ramanan (Pakatan Harapan); Khairy Jamaluddin (BN), Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional); Mohd Akmal Yusoff (Pejuang); Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia)/

Dua lagi merupakan calon bebas iaitu Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff dan Nurhaslinda Basri.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast