TAMBUN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memberi bayangan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ke-10 dalam masa beberapa hari lagi.
Kata Presiden PKR itu, beliau yakin dengan kebangkitan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang rata-rata mereka menolak Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
“Esok SPR akan membuat pengumuman bahawa PH sudah mencapai 112 kerusi, Ketua Polis Negara (KPN) akan menelefon saya memberitahu tentang kemenangan kita.
“Insya-Allah, mudah-mudahan kita akan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baharu. Yang pertama akan saya buat selepas itu ialah tolak gaji Perdana Menteri, mengecilkan barisan Kabinet, tidak seperti sekarang yang ada 70 orang,” katanya, di sini, hari ini.
Menurut Anwar, gaji menteri juga akan dipotong separuh. – MalaysiaGazette