Gambar hiasan

SAN FRANCISCO – Twitter dilaporkan menutup pejabat berkuatkuasa serta merta sehingga 21 November.

Pekerja Twitter diberitahu semua bangunan pejabat telah ditutup buat sementara waktu kerana lebih ramai daripada mereka akan meninggalkan firma media sosial itu, menurut laporan.

Editor urusan laman teknologi Platformer, Zoe Schiffer, menulis ciapan di Twitter berkata, para pekerja tidak dimaklumkan mengapa pejabat telah ditutup sementara .

Bagaimanapun dalam tweet susulan, beliau berkata pejabat ditutup kerana menjangka pekerja akan melakukan sabotaj terhadap syarikat.

Pekerja Twitter dilaporkan  akan meninggalkan syarikat itu selepas pemilik baharu, Elon Musk mengeluarkan kata dua kepada kakitangan sama ada perlu mendaftar untuk bekerja dalam tempoh lama pada intensiti tinggi atau meninggalkan syarikat.

Namun, Musk tidak mengulas secara terbuka mengenai laporan terbaharu ini.

Pada hari Rabu, Musk menghantar emel kepada pekerja Twitter untuk mereka membuat keputusan sehingga Khamis untuk kekal di syarikat itu dengan waktu kerja yang sukar atau mengambil pakej pemecatan gaji tiga bulan.

Beliau berkata, untuk membina kejayaan Twitter 2.0, syarikat  perlu mengambil langkah tegar.

Lelaki terkaya dunia itu  memberi amaran bahawa pekerja yang tidak mengklik pada pautan pengesahan untuk menjadi sebahagian daripada Twitter baharu, dianggap telah berhenti. – Agensi