Kim Jong-un bersama anak perempuannya, Kim Chu-ae,. Foto Agensi

SEOUL – Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un muncul bersama anak perempuannya di khalayak ramai buat kali pertama.

Gadis itu, dipercayai bernama Kim Chu-ae, menyertai Jong-un semasa melakukan pemeriksaan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua terbesar di negara itu pada hari Jumaat.

Dua beranak itu berdiri berganding bahu semasa ujian tersebut.

Jong-un merupakan salah satu negara yang paling berahsia di dunia menyebabkan kehidupan peribadi tidak diketahui.

Beberapa gambar diterbitkan oleh agensi berita negara Korea Utara KCNA, menunjukkan kedua-duanya berpegangan tangan semasa mereka berbual, bercakap dengan pegawai, memeriksa peluru berpandu dan menonton pelancaran dari dek tontonan.

Penampilan awam Chu-ae adalah penting, kata Michael Madden, pakar Korea Utara dari Pusat Stimson di Washington DC.

Kemunculan gadis itu mungkin cara Jong-un menunjukkan wujud ”generasi keempat penggantian kuasa akan datang”.

Ia berlaku selepas terdapat laporan bahawa “tercetus beberapa konflik antara Jong-un dan kohort elit lain pada 2021”, jelas Madden.

“Jika anda cabar saya, anda akan turun,” adalah mesej daripada Kim, katanya.

Madden percaya Chu-ae berumur antara 12 dan 13 tahun, yang bermakna dalam masa empat hingga lima tahun untuk dia bersedia pergi ke universiti atau perkhidmatan ketenteraan.

Pada bulan September, beberapa pakar Korea Utara melaporkan Chu-ae telah ditonjolkan dalam video pada sambutan Hari Kebangsaan negara itu.

Tetapi ini adalah spekulasi, dan kepimpinan Korea Utara tidak mengesahkan bahawa gadis tersebut adalah anak perempuan Jong-un. – Agensi