Kenderaan yang dipercayai membawa Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg meninggalkan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengadakan pertemuan susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 20 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediaman beliau di Bukit Damansara, di sini, hari ini,

Kenderaan yang membawa Abang Johari memasuki kawasan rumah bekas Perdana menteri itu pada jam 10.48 pagi.

Kedua-dua pemimpin itu dipercayai membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan.

Kira-kira sejam kemudian, kereta yang membawa Premier Sarawak itu dilihat meninggalkan kediaman Ahli Parlimen Pagoh itu.

Semenatara itu Muhyiddin memuatnaik gambar pertemuannya dengan Abang Johari dalam Instagram.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut menghadiri pertemuan itu

Menurut Muhyiddin, rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas.

“InsyaAllah, Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” ujarnya. – MalaysiaGazette