Abang Johari Tun Openg

KUALA LUMPUR – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil keputusan untuk membentuk kerajaan Persekutuan dengan tiga parti utama dalam usaha menstabil dan mengukuhkan negara.

Menerusi kenyataannya hari ini, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, parti-parti yang akan berada dalam gabungan itu adalah Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Demi untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara kita terpelihara, maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat harusah dibentuk dengan kadar segera,” katanya.

Menurutnya lagi, asas kepada pembentukan gabungan itu adalah bagi menegakkan keluhuran perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Sarawak dan kedaulatan undang-undang yang diperuntukkan dalam perjanjian Malaysia 1963 dan laporan IGC.

Katanya, ia juga bagi menegakkan hak kebebasan beragama dan amalan kepelbagaian adat resam dan budaya di Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan sama.

Tambahnya, turut terkandung autonomi dari segi perancangan pembangunan pendidikan dan kseihatan serta perkara-perkara lain yang mempunyai kepentingan Sarawak.

“Fokus dan tanggungjawab utama kita sekarang haruslah kepada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.