Biro Politik UMNO mengadakan mesyuarat pertamanya pada jam 12 tengahari tadi selepas menerima pukulan teruk keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Antaranya yang hadir adalah Naib Presiden UMNO yang juga top five, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan.