Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja yang amat kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 menyeru Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN).

Malah, sayap UMNO ini juga meminta Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk berbuat demikan bagi mengotakan janji beliau.

Ketua Pemudanya, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad berkatam kekalahan ini sebahagian besarnya disebabkan tindakan Presiden UMNO yang didakwa membelakangkan parti dalam proses pemberian watikah calon.

Katanya, Ahmad Zahid juga gagal memahami kehendak pengundi sehingga mengelirukan ahli, seolah-olah parti akan menang besar jika Pilihan Raya Umum diadakan pada tahun ini.

Oleh itu, Ahmad Zahid perlu melepaskan jawatan seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak apabila parti kalah dalam PRU14.

“Sudah tiba masanya sebarang perundingan UMNO dengan parti lain dijalankan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang lebih terbuka, tenang dan bertindak atas kepentingan parti, bukan peribadi,” katanya.

Dalam keputusan PRU15 semalam, BN kalah teruk di peringkat Parlimen dengan memperoleh 30 kerusi.

BN turut tewas di Dewan Undangan Negeri Perlis, Perak dan Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. KIFARAH….sebelum ini ZAHID dengan 15 geng lain UMNO telah TARIK BALIK SOKONGAN pada MUHYIDIN kononnya telah GAGALLLL.Malahan UMNO /ZAHID tidak ambil pengajaran kecundang PRU14…

    PARTI LEBAI berjiwa BESAR menghulur kemaafan dan bertaut persaudaraan..selepas berjaya 7 prk dan prn melaka dan johor…UMNO seperti melepaskan Anjing tersepit dan Kacang lupakan kulit pada LEBAI2

Comments are closed.