khairuddin mengundi muda songsang musuh Allah
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Tragedi dan krisis yang menimpa Barisan Nasional (BN) tahun lalu boleh berulang sekiranya berlaku rundingan pintu belakang dengan gabungan politik lain untuk membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, rundingan perlu dibuat secara berdepan antara parti dengan parti dan ketua-ketua mereka.

Menurut beliau, rundingan pintu belakang yang memecahkan parti rakan perlu dielakkan kerana ia akan mengulangi krisis yang menyebabkan wujud kluster menteri dan kluster parti sehingga menyebabkan kerajaan tidak stabil.

“Apa yang rakyat mahu ialah kerajaan yang stabil. Ia mesti bermula dari hari pertama perundingan sehingga terbentuk kerajaan seterusnya menstabilkan kerajaan dengan tidak bertelingkah ketika berkerajaan.

“Cukup-cukuplah kita berkrisis yang akhirnya rakyat dan negara menanggung akibatnya,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Hari ini, pemimpin-pemimpin BN yang diketuai Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

Semalam, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan menegaskan bahawa BN tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberi persetujuan penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN). – MalaysiaGazette