Muhyiddin diiringi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bercakap pada sidang media selepas pulang dari Istana Negara sejurus selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 22 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian pihaknya yang tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Bercakap dalam sidang media khas selepas selesai menghadap Yang di-PertuanAgong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang tadi, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, ia pendirian PN yang ditetapkan sejak awal lagi.

Muhyiddin telah menghadap YDPA, di Istana Negara pukul 4.30 petang tadi bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan memaklumkan perkembangan muktakhir kepada Agong berhubung status penubuhan kerajaan baharu selepas PRU15.

Ujar beliau, semalam PN telah menyerahkan Surat Akuan Berkanun secara dalam talian seperti diperlukan oleh pihak Istana Negara iaitu untuk membuktikan pihaknya dengan gabungan banyak parti dan ahli-ahli Parlimen lain berjumlah seramai 115 orang dengan disokong akuan janji yang dikemukakan kepada pihak Istana Negara.

“Di sini ada surat akuan penerimaan daripada Setiausaha Sulit Kanan Sri Paduka iaitu Datuk Nazim Mohamad Halim yang sahkan penerimaan dokumen yang kami serahkan atau dihantar menerusi e-mel yang merupakan bukti kami mempunyai sejumlah bilangan MP melebihi 112 yang dikehendaki.

“Jadi sebab itu kami yakin sewajarnya boleh membentuk kerajaan tetapi bila saya menghadap baginda tadi, dikatakan ia (115) tidak mencukupi dan saya tidak tahu apa sebabnya.

“Selepas itu kerana dikatakan tiada satu pun yang mempunyai jumlah bilangan yang mencukupi, Tuanku mencadangkan supaya kita bekerjasama dengan PH untuk membentuk Unity Government (Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Tambah Muhyiddin, bagaimanapun pihaknya telah berbincang  mengenai penubuhan Kerajaan Perpaduan sejak awal lagi seperti dicadangkan Agong dan tidak akan bekerjasama dengan PH.

“Itu pendirian kami parti kita (tidak kerjasama dengan PH) sejak dulu sampai ke hari ini atas tujuan apa sekali pun. Unity ke..apa semua sekali kita tetap tidak bersetuju.

“Jadi tadi saya diminta Tuanku untuk menandatangani dokumen yang meminta kalau kami bersetuju (Unity Government dengan PH), saya sign tetapi jawab atasnya tidak bersetuju,” ujarnya.

Tegasnya, pendirian itu dinyatakan selepas PN sudah sepakat atas sebab kenapa pihakya tidak boleh bekerjasama dengan PH yang umum sudah tahu sebabnya.

“Itulah pendirian yang kami ambil (menolak kerjasama dengan PH untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan),” kata Muhyiddin mengakhiri sidang media tanpa memberi ruang kepada wakil media bertanyakan soalan. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH PRINSIP TEGAS BERMARUAH// /BUKAN MASALAH DERHAKA

    CUKUPLAH 22 BULAN LIHAT MP2 PAKATAN HANCING PUNAH HARAPAN yang BERSIDANG SEPERTI BEROK2 GILA DAN TERJERIT2 dalam PARLIMEN tanpa PEDULI MANDAT DAN MANIFESTO RAKYAT
    MENIPU NEGARA SUDAH BANGKRAP…KOTAK KATIK DAULAH ISLAM..melayu/AGAMAWAN dalam PAN KHIANAT MEMBISU sebagai BONEKA

    HARAP MAJLIS TERTINGGI BN KEKAL PRINSIP NO ANWAR NO DAP….

  2. kerajaan boleh dibentuk samada majoriti 2/3 atau kerajaan minoriti.Hak agong untuk melantik parti mana yang boleh jadi PM.

Comments are closed.