Perang bendera antara parti yang bertanding kian hangat apabila kibarannya mula menghiasi di sekitar jalan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Gugusan Manjoi, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 07 NOVEMBER 2022.

KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman esok.

Ia bagi menggantikan calonnya, Md Yunus Ramli yang meninggal dunia pada pagi Sabtu akibat komplikasi jantung.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Andansura Rabu berkata, pengumuman tersebut akan diumumkan di Rompin.

Tambah Andasura, calon yang dipilih daripada parti Islam itu adalah anak tempatan.

“Kita sudah putus calon baharu dan pengumuman untuk memperkenalkan calon akan dibuat esok (Rabu).

“Calon adalah orang tempatan di kawasan itu dan pengundi di DUN Tioman sudah biasa dengan penduduk tempatan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette pada Selasa.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan.

Manakala SPR mengumumkan Pilihan Raya Umum di DUN Tioman akan diadakan pada 7 Disember depan menerusi kenyataan pada Sabtu.

Pada Sabtu lalu, kerusi DUN Tioman ditangguhkan selepas Md Yunus Ramli meninggal dunia di Hospital Rompin akibat komplikasi jantung.

Selain Allahyarham, kerusi itu ditandingi calon bebas, Sulaiman Bakar; Osman Bakar dari Parti Perjuang Tanah Air, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan penyandang kerusi terbabit, Datuk Seri Mohd Johari dari BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast