Srikandi Bersatu mendakwa status Hannah Yeoh ini berbaur hasutan dan minta polis siasat.

KUALA LUMPUR – Srikandi Bersatu Malaysia (Srikandi) meminta polis menyiasat Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan.

Srikandi dalam kenyataannya media hari ini mendakwa, Hannah telah memuat naik dalam akaun Facebooknya yang menghasut rakyat Sabah dan Sarawak dengan memberi gambaran wujudnya parti politik yang bermain dengan ketegangan kaum dan agama dalam kalangan rakyat.

“Kenyataan yang sama oleh Hannah juga menghasut rakyat Sabah dan Sarawak supaya menolak Perikatan Nasional (PN) berdasarkan dari gambar yang disiarkan iaitu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Kenyataan pemimpin DAP ini serius dan Srikandi mohon polis siasat,” kata kenyataan itu.

Semalam, Hannah melalui Facebooknya, Hannah Yeoh, memuatnaik status dalam dwi bahasa, “Kepada rakyat Sabah dan Sarawak, beritahu kepada parti-parti yang anda pilih – bahawa anda mahukan kerajaan Persekutuan mewakili pelbagai kaum di Putrajaya, bukannya yang mahu menimbulkan ketegangan kaum dan agama dalam kalangan rakyat Malaysia.

People of Sabah and Sarawak, let the political parties who represent your interest know – that you want a multiracial Federal Government in Putrajaya and not one who toys with racial and religious tension among Malaysians.

Bersama status itu, beliau turut memuatnaik gambar Muhyiddin dan Abdul Hadi dengan perkataan, “PN – Bukan yang ini”. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. lebih baik GRS dan GPS masuk gabungan PN. kalau masuk PH, rasanya PH, mahu mereka dibenarkan masuk sarawak dikhuatiri menganggu keharmonian rakyat sarawak mahupun sabah yang kebanyakkan adalah bumiputra. Lihat lah sebelum piliharaya PH semanjung merayu masuk sarawak

Comments are closed.