Anggota polis mula mengawal pintu 2 Istana bagi mengawal keselamatan berikutan pemimpin tertinggi parti akan hadir untuk mengemukan calon Perdana Menteri kepada ang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum pukul 2 petang ini ketika di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin parti gabungan Sarawak tiba di Istana Negara secara serentak pagi ini untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pagi ini.

Kesemua mereka menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire warna hitam dan memasuki Istana Negara melalui pintu dua, pukul 11.10 pagi.

Mereka adalah Datuk Seri Richard Riot dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Aaron Ago Dagang dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Terdahulu, kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dilihat memasuki Istana Negara pukul 10.12 pagi.

Ia disusuli dengan sebuah kereta pacuan empat roda yang membawa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan setiausaha agung komponen itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tiba pada jam 10.44 pagi.

Pintu 2 Istana Negara menjadi tumpuan media hari ini susulan sesi mengadap secara individu ahli Parlimen dengan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dijadualkan berlangsung pukul 10.30 pagi tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast