Mohd Johari Hussain

KUANTAN – Meskipun Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dalam Pilihan Raya Dewan Ke-15 baru-baru ini namun ia tidak mengoyahkan semangat Datuk Seri Mohd Johari Hussain.

Sebaliknya, kedudukan genting kerusi DUN BN itu membakar semangat Johari untuk mempertahankan kawasan itu sehingga ke saat-saat terakhir kempen.

Johari berpengalaman memegang portfolio belia dan badan bukan kerajaan (NGO) begitu aktif menghidupkan aktiviti kemasyarakatan di negeri ini, mengharapkan anak muda memberi sokongan kepadanya.

“Walaupun saingan Perikatan Harapan (PN) semangat dan berkeyakinan tinggi pada PRU15 ini, namun saya harap anak muda di Tioman menilai BN dengan baik.

“Anak-anak muda Tioman dan golongan belia termasuk pemimpin muda berilah sokongan dan kepercayaan kepada BN untuk membantu penduduk di sini.

“Ibaratnya kalau bereknang ke Pulau Tioman saya sanggup supaya rakyat tahu kesungguhan untuk terus membantu rakyat,” katanya kepada MalaysiaGazette.

PRU15 DUN Tioman ditangguhkan selepas calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli, 61 tahun meninggal meninggal dunia kira-kira lima jam sebelum proses pengundian berlangsung  akibat komplikasi jantung.

Beliau yang dilahirkan pada 3 Januari 1973 menyangdang kerusi itu sejak memenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac 2008.

Antara jawatan-jawatan kanan yang pernah disandang beliau adalah Pegawai Agama KOR Agama, Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT), Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertahananan Malaysia KOR Agama (KAGAT), Angkatan Tentera Malaysia dan Pegawai Khas Agama kepada Allahyarham Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis da.

Johari juga merupakan individu yang membaca doa pelepasan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar di Baikonur, Kazakhstan.

Anak kelahiran Rompin yang mempunyai pengetahuan agama luas itu mengakui debaran semakin terasa, kerana kemenangan kerusi DUN ini amat penting bagi BN.

Ini kerana, jika beliau menang, Johari akan menambah kerusi BN kepada 17 – setara dengan Perikatan Nasional (PN) manakala Pakatan Harapan pula lapan kerusi.

Namum beliau optimis rakyat lebih bijak dalam menentukan siapa yang layak mentadbir demi kelangsungan dan kemakmuran negeri ini.

Namun Johari masih mengharapkan 28,200 pengundi Tioman terus memberikan kepercayaan kepada beliau dan mahu prestasinya dinilai sebaik-baiknya.

Selain Allahyarham, kerusi itu ditandingi calon bebas, Sulaiman Bakar; Osman Bakar (Perjuang Tanah Air) dan  Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menetapkan  penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan.

Pilihan Raya Umum di DUN Tioman pula akan diadakan pada 7 Disember depan.

Malam ini, Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon bagi kerusi DUN Tioman di Kuala Rompin, dikhabarkan calon wanita merupakan anak tempatan yang dikenali  Nor Idayu Hashim, 35 tahun.

Namun, sumber dari Perikatan Harapan (PH) ketika dihubungi mengatakan keputusan masih belum dapat diputusan dan pencalonan masih dalam perbincangan lanjut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.