Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai kepada petugas media ketika tiba di perkarangan Istana bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysa Kesepuluh di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara di sini bagi upacara pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Anwar yang juga Presiden PKR tiba kira-kira pukul 4.32 petang di Pintu 1 Istana Negara dengan iringi konvoi pasukan keselamatan.

Turut kelihantan isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar akan menjalani Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong

Istiadat dijadual berlangsung pada pukul 5 petang ini. -MalaysiaGazatte.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast