Gelagat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Dialog Anak Muda dan Pelancaran Buku ‘A People’s History Of Malaysia’ di Corus Hotel, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 16 SEPTEMBER 2018.
Reaksi ceria salah seorang saksi, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai ke arah petugas media selepas hadir di Mahkamah Rayuan untuk memberi keterangan berkaitan prosiding siasatan kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia di Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2017.
Replika gergasi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdiri gah yang dibina oleh sebahagian penduduk setempat dan beberapa jentera parti PKR ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Indian Settlement, Batu Caves, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 22 APRIL 2018.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan ceria semasa melambai tangan kepada para media dan penyokongnya sebaik keluar dari wad sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 16 MEI 2018
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar kenangan bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anaknya pada sidang media pertama selepas mendapat Pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Himpunan Merdeka Rakyat yang dihadiri oleh ribuan penyokong dan orang ramai di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 16 MEI 2018.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai tangan ke arah ribuan penyokong yang hadir pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas membuat perjumpaan bersama Budayawan Negara di pejabat peribadi beliau di Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 17 OGOS 2018
Calon Pakatan Harapan P.132 Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Dun Bagan Pinang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Medan Selera, Bagan Pinang, Port Dickson. foto SYAFIQ AMBAK, 29 SEPTEMBER 2018.
Calon Pakatan Harapan P.132 Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai pada Ceramah Dun Bagan Pinang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Medan Selera, Bagan Pinang, Port Dickson. foto SYAFIQ AMBAK, 29 SEPTEMBER 2018.
Calon Pakatan Harapan P.132 Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) cuba membuat lempeng kelapa sambil diperhatikan peniaga lempeng, Norsiah Ahmad, 73 (kanan) semasa sesi lawatan ke pasar tani sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Pasar Tani Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 03 OKTOBER 2018.
Gelagat Calon Pakatan Harapan P.132 Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menari bersama masyarakat india pada majlis Malam Kebudayaan India sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Bukit Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 05 OKTOBER 2018.
Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mendengar sesuatu yang diperkatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (kiri) pada Ceramah Mega Pakatan Harapan Dun Lukut sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Bilik Gerakan Dun Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OKTOBER 2018.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kanan) beramah mesra dengan Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) sambil diperhatikan Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim (dua kiri) pada majlis Ceramah Umum Pakatan Harapan di Masjid Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 11 OKTOBER 2018.
Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memeluk isterinya yang merupakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 13 OKTOBER 2018
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 OKTOBER 2018
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim (kiri) berbual mesra bersama Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 12 NOVEMBER 2018.
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 11 APRIL 2019
Reaksi Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK 15 MEI 2019
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada retreat pimpinan PKR di Grand Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 20 JULAI 2019
Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat jam tangannya pada Sesi Dialog dan Libat Urus Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 OKTOBER 2019
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan sebahagian orang ramai yang hadir pada Program Bual Bicara Anwar Ibrahim di Kompleks Darul Puteri Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 OGOS 2019.
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 23 OKTOBER 2019
Reaksi Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad (kanan) bersama Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) semasa sidang media selepas pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 23 NOVEMBER 2019
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) beramah mesra bersama perwakilan wanita pada Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 07 DISEMBER 2019
Gelagat Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Simposium HELP University ‘The Construct Of A Nation’ di Connexion Conference and Event Centre, Bangsar South, Kuala Lumupur. foto IQBAL BASRI, 20 FEBRUARI 2020
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kiri) ditemani isterinya yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercakap pada sidang media berikutan krisis politik Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 26 FEBRUARI 2020
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isterinya yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan mendekati para media di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 26 FEBRUARI 2020
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan keluar selepas menghadiri mesyuarat khas Pakatan Harapan di Hotel Eastin, Petaling Jaya. foto AFFAN FAUZI, 29 FEBRUARI 2020
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan mesyuarat khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan krisis politik Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Keadilan, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 01 MAC 2020
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai sidang media khas mengenai perkembangan terkini parti tersebut di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Petaling Jaya. foto AFFAN FAUZI, 13 MAC 2020
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Santai Bersama Presiden PKR sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Tamparuli, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 2O SEPTEMBER 2020.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bercakap pada sidang media khas bersama isterinya yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (kiri) dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 23 SEPTEMBER 2020
Temubual Eksklusif bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gasing, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2020.
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas hadir ke majlis peluncuran dan wacana buku 100 Esei Seni dan Sastera Era Reformasi 2008 – 2011 karya Datuk Che Shamsudin Othman @ Dinsman di Institut Darul Ehsan, Seksyen 15, Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 29 DISEMBER 2020.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada Program Bicara Tokoh anjuran Majlis Profesor Negara di Country Heights, Kajang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 APRIL 2021.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Pembentangan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 29 OKTOBER 2021.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengayuh beca semasa hadir program santai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Bandar Hilir, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 NOVEMBER 2021.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan majlis selepas menghadiri Program Ceramah Kelompok sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bukit Gambir, Tangkak, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 02 MAC 2022.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Program Debat Perdana di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2022.
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai tangan kearah hadirin pada Malam Pengumuman Calon Keadilan di Padang MPAJ, Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 28 OKTOBER 2022.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast