Beberapa keping gambar perjumpaan Bung Mokhtar dengan Anwar di Perdana Putra.
Beberapa keping gambar perjumpaan Bung Mokhtar dengan Anwar di Perdana Putra.

KUALA LUMPUR – Satu pertemuan antara Barisan Nasional (BN) Sabah yang diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan semalam.

Apa yang menarik, Bung dilihat mesra dengan mempamerkan senyuman dan gelak tawa antara beliau dengan Anwar.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu turut memuatnaik beberapa keping gambar pertemuan itu dengan ucapan agar Perdana Menteri kesepuluh itu dapat membangunkan negara.

“Hari ini BN Sabah membuat kunjung hormat kepada PM Malaysia DS Anwar Ibrahim di Putrajaya.

“Ia bagi membincang isu isu semasa dan pembangunan serta hala tuju negeri sabah BN Sabah yakin PM ke 10 akan dapat membangun negara dan rakyat dengan jayanya,” katanya di Facebook.

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Untuk rekod, seramai 24 daripada 25 Ahli Parlimen di Sabah bertindak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri kerajaan Perpaduan.

Yang tidak menyokong Anwar hanyalah Datuk Seri Ronald Kiandee daripada Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, dua ahli Parlimen Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) sah menyertai Kerajaan Perpaduan.

Mereka adalah Datuk Wetrom Bahanda yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu serta Riduan Rubin (Parlimen Tenom). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast