KUALA LUMPUR – Pas didakwa meneruskan sikap ekstrem pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baru-baru ini dengan membuat pelbagai tuduhan berunsur fitnah termasuk menuduh Pakatan Harapan (PH) membawa agenda kristianiasi dan komunisme.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, tuduhan tersebut dibuat bagi menimbulkan keresahan dalam kalangan orang Melayu sehingga mencetuskan gelombang hijau.
Menurut beliau, Pas tidak lagi berhujah atas fakta tetapi atas sentimen dan apa sahaja dakwaan yang dibuat tiada asas fakta tetapi orang Melayu ditakutkan dengan objek yang abstrak kononnya mereka hilang kuasa.
“Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan hak istimewa orang Melayu tetap dipertahankan dan tidak boleh diubah kerana ia adakah struktur asas Perlembagaan Persekutuan.
“Perlembagaan adalah kontrak sosial dan ia mengikat hubungan sesama kaum dalam negara ini. Sebarang pindaan pula memerlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan memerlukan perkenan Majlis Raja-raja dan sebab itu, struktur asas ini kekal selagi ada bulan dan bintang,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Faiz memberitahu, kerajaan perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Ahli Parlimen berketurunan Melayu merupakan golongan yang paling ramai.
Beliau menambah, sentimen takut kepada DAP hanyalah satu permainan politik sedangkan parti itu turut mempunyai empat Ahli Parlimen berketurunan Melayu.
“Jika benar sekali pun Melayu ketinggalan, ia adalah disebabkan kedudukan sosio ekonomi dan pendidikan Melayu yang tidak setaraf.
“Perlantikan Anwar yang memperjuangkan agenda reformasi dilihat mampu mengubah kedudukan ini,” jelasnya.
Sehubungan itu, Faiz meminta Pas untuk merenung kembali pendekatan politik yang diamalkan bekas Presidennya, Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang terbuka dan sederhana.
Menurut beliau, Allahyarham amat berhati-hati menjaga sensitiviti kaum dan berusaha keras menjauhkan Pas daripada fahaman ekstrem.
“Ketika berlaku kejadian serangan kumpulan Al-Maunah di Sauk, Almarhum dengan bijak berjaya mengelak persepsi kaitan Pas,” katanya.
Hakikatnya, Faiz berkata, pendidikan dan ekonomi Melayu yang perlu dipulihkan dan usaha itu perlu dilakukan secara objektif tanpa dipesongkan dengan propaganda perkauman yang dimainkan Pas.
“Pas perlu bersama membina negara dengan menjadi pembangkang yang konstruktif untuk menjadi semak imbang yang matang dan sejahtera dan berhenti meniup api perkauman bagi mengelak sebarang ketegangan kaum,” katanya. – MalaysiaGazette
Sehingga kini, DAP masih berpegang pada Deklarasi Setapak yang berhasrat mengubah status Bumiputera dalam Malaysia. Deklarasi tersebut tidak ditarik balik sehingga kini.
“Gesaan Senator Lantikan DAP, Nga Hock Cheh pada April 2019 untuk menggugurkan status kaum termasuk status Islam pada MyKAD, kononnya atas dasar mewujudkan identiti nasional.
“Pendirian Ngeh Koo Ham pada tahun 2014, yang menyatakan hak untuk murtad patut diberikan kepada orang Islam. Sehingga kini kenyataan tersebut tidak ditarik balik.
“Kenyataan Nga Kor Ming pada 14 November lalu sewaktu kempen PRU-15, yang menyatakan gabungan PN sebagai kerajaan Taliban hanya kerana ketegasan PAS berkenaan kawalan aktiviti maksiat.
“Kenyataan tokoh besar DAP, Lim Kit Siang pada Oktober lalu yang menyebut Malaysia tidak memerlukan Ketuanan Melayu, sebaliknya hanya perlukan Ketuanan Malaysia,” katanya.
kasihan perjuangan anak ustaz fadhil noor ini Dan PANKHIANAT menyembah DAPIG
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius dakwaan kononnya pembangkang bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan bersikap rasis sedangkan terlalu banyak bukti menunjukkan pimpinan DAP-PH yang banyak mencetuskan api kebencian, perkauman dan rasis!
FAIZ JADI BISU PEKAK DAN BUTA DENGAN KENYATAAN INI Sebab Umnongok sudah masuk dalam kain DAPIGS dan PANkKIANAT
Antara 10 BUKTI utama sikap dan kenyataan rasis dan cauvinis DAP-PH, termasuklah:
(1) Menteri Sumber Manusia DAP, YB M. Kulasegaran menuduh orang Melayu Pendatang dan mendakwa orang Tamil yang paling awal bermastautin di tanah ini. (21 Julai 2018)
(2) Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, YB Ganabatirau mendakwa serangan Kuil Sri Mariamman Seafield dirancang dan dilakukan oleh orang Melayu-Islam sehingga membangkitkan kemarahan penganut Hindu, lalu mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kematian Allahyarham Adib. (26 November 2018)
(3) Kenyataan bersama Menteri-menteri PH India di Parlimen selepas tuduhan YB Ganabatirau, mengkritik dan menyalahkan pihak polis kerana lewat dan gagal mengawal keadaan serangan ke atas Kuil Sri Mariamman Seafield hakikatnya membakar api perkauman dan menambah kemarahan orang India sehingga dilaporkan berkumpul seramai 10,000 di Kuil Sri Marimman pada malam kedua mengamuk dan melakukan rusuhan sehingga berlakunya peristiwa kematian anggota bomba Arwah Adib. (26 November 2018)
(4) Menteri Kewangan DAP, YB Lim Guan Eng mendakwa Agenda Penyatuan Ummah di antara UMNO-PAS adalah pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu. (5 Mac 2019)………..
(5) Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat DAP, YB Ngar Kor Ming mendakwa jika UMNO-PAS berjaya berkerjasama dan membentuk kerajaan dalam PRU-15, maka gabungan ini akan membentuk Kerajaan Taliban seperti di Afghanistan. (8 Mac 2019)
(6) Pemimpin DAP, YB Chong Chien Jen bersetuju dan menyokong kenyataan YB Nga Kor Ming bahawa penyatuan UMNO dan PAS bakal membentuk Kerajaan Taliban sekiranya menang pilihanraya seterusnya telah mencetuskan perasaan takut, rasis dan prejudis dikalangan masyarakat bukan Islam terhadap orang Islam di negara ini. (9 Mac 2019)
(7) Adun Mengkibol DAP, YB Chew Chong Sin mengaitkan insiden pembunuhan tragik di sebuah masjid di Christchurch oleh ekstrimis kulit putih dengan penyatuan orang Melayu melalui kerjasama UMNO-PAS untuk menambahkan lagi perasaan perkauman dan prejudis agama di kalangan rakyat bukan Melayu dan Islam. (16 Mac 2019)
(8) Ahli Parlimen Kluang DAP, YB Wong Shu Qi menghina orang Melayu dan cuba membakar kebencian di kalangan orang Cina dengan mengaitkan tulisan Jawi dengan bahan-bahan pornografi dan lucah. (9 Ogos 2019)
(9) Menteri Kewangan DAP, YB Lim Guan Eng sekali lagi mencetuskan api kebencian dan perkauman dengan mendakwa Kerajaan UMNO dan PAS jika berjaya dibentuk akan mengambil hak-hak orang bukan Melayu di Malaysia. (19 Ogos 2019)
(10) Kenyataan rasis dan cauvinis Menteri Perpaduan Senator, P. Waytha Moorty yang mendakwa Malaysia bukanlah sebuah negara moderat progresif Islam seperti disangkakan pihak luar kerana kaum India telah didiskriminasi dalam pelbagai cara antaranya hak beragama serta pemusnahan kira-kira 10,000 kuil. Walaupun ini kenyataan lama, tetapi keangkuhan Waytha Moorthy untuk tidak mahu meminta maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya kepada media luar negara adalah amat tidak bertanggungjawab dan menzahirkan sifat rasis pimpinan PH. – UMNO ONLINE.