EPF final withdrawal i-Citra Barisan Nasional (BN) cum UMNO Youth Chief, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki in the Johor Memilih Programme at MG Studio, Johor Bahru, in conjunction with the Johor state election. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 6 MARCH 2022
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan kerajaan mewakili citra Malaysia, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jemaah menteri itu mewakili pelbagai kaum dengan teras dan tunjangnya adalah Islam Melayu-Bumiputera.

“Secara umumnya komposisi Menteri Kerajaan Perpaduan terdiri daripada 20 menteri beragama Islam Melayu-Bumiputera iaitu 71 peratus manakala lapan bukan Islam iaitu 29 peratus.

Komposisi Menteri Kerajaan Perpaduan terdiri daripada 20 Menteri beragama Islam Melayu-Bumiputera dan lapan bukan Islam.

“Tahniah! Semoga dapat memfokuskan segala usaha dan kudrat untuk kesejahteraan rakyat dengan penuh amanah dan dedikasi,” katanya ringkas menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Sementara itu, dalam ruangan komennya, beliau mempersoalkan kenapa ramai yang koyak dan cuba mengambil kenyataan lamanya yang tidak lagi relevan.

Katanya, politik adalah dinamik, perubahan pendirian politik banyak bergantung kepada situasi zaman tersebut.

Beliau memberi contoh, pendirian Pas ketika mendokong DAP menubuhkan kerajaan Selangor dan Perak pada 2008.

“Waktu itu fatwa Pas, bersahabat dengan orang kafir lebih afdal berbanding dengan orang Islam yang zalim malah Pas boleh bersama dengan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) yang pernah menggelarkannya sebagai parti ajaran sesat.

“Ini juga menunjukkan bagaimana Pas mengamalkan politik pragmatik dan berfatwa mengikut kepentingan serta percaturan politik mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Asyraf Wajdi berkata, hari ini UMNO juga berhak membuat pendirian baharu dengan mengangkat keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk menghadapi PRU15 tidak bersama Anwar, DAP dan Parti Bersatu.

“Akur dengan titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong agar negara boleh bergerak dengan stabil, MKT UMNO membuat keputusan baharu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan yang disertai parti sebelum ini menjadi musuh politik UMNO terutama PKR dan DAP.

“Apakah apabila Pas pernah bergabung dengan DAP maka halal, tetapi apabila UMNO pula bergabung difatwa haram?” soalnya. – MalaysiaGazette