Data menunjukkan jumlah dagangan anggota-anggota CPTPP.

KUALA LUMPUR – Syarikat Pertengahan Konsortium Malaysia (MCMTC) menggesa kerajaan tidak menarik diri daripada Perjanjian Perdagangan Bebas Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Presiden MCMTC, Callum Chen berkata, pihaknya menentang sebarang gesaan yang mahu kerajaan menarik diri daripada CPTPP.

“Ini bukan seperti perjanjian perdagangan lain, CPTTP bukan sahaja membuka perdagangan tetapi juga membawa bantuan teknikal dan pemindahan pengetahuan teknologi, yang penting untuk pembinaan kapasiti untuk perniagaan tempatan.

“Pemulihan Malaysia daripada wabak itu sudah ketinggalan berbanding negara jiran ASEAN kita. Kelewatan dalam ratifikasi telah menyebabkan Malaysia hilang keyakinan berhubung pelaburan langsung asing (FDI).

“Vietnam, yang ditandatangani lebih awal pada Januari 2019, telah menjadi batu loncatan untuk Kanada memasuki pasaran ASEAN melalui CPTPP. Ia mungkin Malaysia. Banyak yang telah diperkatakan tentang kos berbanding faedah CPTPP.

“Hakikatnya negara ini adalah sebuah negara kecil dari segi jumlah penduduk dan keluasan tanah tetapi dari segi perdagangan, kita berada pada tangga ke-25 ketika ini,” katanya dalam kenyataan.

Presiden Konsortium Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC) Callum Chen

Kata Chen, MCMTC terdiri daripada syarikat peringkat pertengahan daripada semua industri dan kebanyakannya pengeksport yang  membentuk 1.7% daripada jumlah syarikat di Malaysia, menggaji 16% daripada jumlah tenaga kerja dan menyumbang 39.9% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Kami telah menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global. Ini tidak berlaku secara kebetulan atau dalam sekelip mata tetapi melalui usaha berterusan di pihak industri.

“Walaupun banyak yang diperkatakan mengenai kos berbanding faedah CPTPP, perdagangan dan industri adalah nadi negara.

Tambahnya, pasukan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan agensinya seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah bekerja keras dengan industri untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan global yang sangat kompetitif dan tidak menentu.

Jelasnya, Malaysia harus berfikir semula jika mahu berundur daripada pasaran global dengan populasi seramai 508 juta orang.

Ini merupakan gabungan populasi 11 negara CPTPP setakat 2019, mewakili 6.6 peratus daripada populasi dunia manakala pasaran besar menjana KDNK sebanyak USD11.3 trilion (RM49.5 trilion) – 13 peratus daripada KDNK dunia dan 15 peratus daripada jumlah perdagangan dunia.

“Dengan penambahan UK, China, Taipei dan Ecuador, gabungan populasi akhirnya akan menjadi dua bilion – 26 peratus daripada populasi dunia dengan KDNK dianggarkan sebanyak USD29 trilion (RM127 trilion), iaitu 33% daripada KDNK dunia, menyumbang 32.8% daripada jumlah perdagangan dunia.

“Potensi kelebihan untuk kekal dalam pasaran ini adalah jelas,” ujarnya.

Sebelum ini, FMM menegaskan Malaysia akan menghadapi risiko diturunkan ke garisan luar jika ia menarik diri daripada CPTTP. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast