Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama di Pejabat Perdana Menteri, 5 Disember 2022. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini.

Pada 2 Dis, Anwar mengumumkan barisan Kabinet yang dianggotai 28 menteri serta dua timbalan perdana menteri, selain beliau sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.

Mesyuarat pertama yang dihadiri kesemua Jemaah Menteri itu bermula pukul 10 pagi.

Anwar tiba di bangunan Perdana Putra itu pada kira-kira 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas tersebut.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 Nov lepas.

Kebanyakan menteri Kabinet telah mengimbas kad perakam waktu dan memasuki pejabat masing-masing sebelum menghadiri mesyuarat berkenaan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast