PUTRAJAYA – Fadhlina Sidek memulakan tugasnya sebagai Menteri Pendidikan hari ini.
Beliau yang tiba di bangunan kementerian itu pukul 8.52 pagi disambut Ketua Setiausaha, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.
Fadzlina kemudian diiringi ke lobi bangunan untuk mengimbas kad perakam waktu dan mengadakan mesyuarat dengan pegawai kanan kementerian.
Turut mengiringinya, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali.
Fadzlina dilantik Menteri Pendidikan bawah Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette