KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini untuk diambil keterangan berkenaan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya baru-baru ini.
Ahli Parlimen Marang itu sampai ke IPD Sentul dengam menaiki Toyota Vellfire berwarna putih tepat pada jam 2.55 petang dengan diiringi dua kenderaan.
Ketibaan Abdul Hadi itu disambut beberapa pegawai dan anggota IPD Sentul.
Beliau sempat melambai kepada petugas media yang hadir membuat liputan di pekarangan IPD Sentul sejak jam 2.30 petang tadi.
Difahamkan, Abdul Hadi sedang disiasat rentetan berhubung ucapan berbaur hasutan semasa kempen Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) lalu.
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Sentul ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. – MalaysiaGazette hari ini.
tahniah PDRM…..siasat semua ahli2 politik tanpa PILIH BULU HASUTAN menipu DAN FITNAH sebelum semasa dan selepas PRU MENJADI AMALAN untuk memBENARKAN KEMUNAFIKAN seseorang