JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anakanda Baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil , Tunku Laksamana Johor di Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah hari ini.
Baginda kemudian menyiram air mawar dan menabur bunga di atas pusara Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Almarhum Tunku Abdul Jalil yang diputerakan pada 5 Julai 1990 adalah putera keempat Sultan Johor dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat pada 5 Disember 2015 sewaktu berusia 25 tahun.
Pada pagi tadi, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) turut mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin.
Hadir sama, Pengarah YKTLJ, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ, Mohd Ikmal Izam Zaini.- MalaysiaGazette