Abdullah Muhammad Amin menunggu dua orang anaknya pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi PRU15 bagi DUN Tioman di Jeti Marina Kampun Tekek hari ini

PULAU TIOMAN – Seorang ayah sanggup menunggu dua anaknya pulang mengundi untuk memilih wakil rakyat di jeti Marina Kampung Tekek, di sini.

Walaupun hari mengundi jatuh pada hari bekerja, namun ia bukannya alasan untuk tidak meluaskan tanggungjawab sebagai warga negara ini.

Abdullah Muhammad Amin, 67, yang telah lima kali mengundi mahu anaknya yang berhijrah ke Kuantan dan Putrajaya menunaikan tanggungjawab memiliha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman seperti yang dilakukannya pada pagi ini.

“Berdebar itu ada tapi tanggungjawab kena tunaikan, sangat mengharap anak-anak juga balik tunaikan tanggungjawab,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di jeti Marina Kampung Tekek, Pulau Tioman hari ini.

Mohd Faiz Ghazali

Mohd Faiz Ghazali, 52, yang berbasikal meredah hujan ke pusat mengundi menyatakan berpuas hati kerana dapat menunaikan tanggungjawab pada hari ini.

Mohd Faiz yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) menggunakan bahasa isyarat dengan menunjukkan dakwat di jari telunjuknya sudah pudar manakala jari kelinking kirinya ‘berinai’ baru.

Nor Azman Abdul Majid, 50, yang menunggu rakan-rakan sekampung pulang dari perantauan berkata, kempen pilihan raya di pulau itu tidak semeriah ddahulu.

Namun katanya, beliau tetap menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat yang akan membangunkan pulau itu.

Nor Azman Abdul Majid (kiri) bersama orang Kampung Tekek menantikan kawan-kawan nya pulang mengundi

Seramai 2,010 pemilih berdaftar di Pulau Tioman melibatkan lima pusat mengundi dan tujuh saluran.

Antara pusat pengundian ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tekek, Salang Suaka Resort, Sekolah Kebangsaan (SK) Juara, Balai Raya Kampung Genting, dan Sekolah Kebangsaan (SK) Mukut. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast