Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – DAP dilaporkan telah menghantar enam nama calon timbalan menteri untuk dipertimbangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

China Press melaporkan, walaupun enam orang dicadangkan, tetapi bukan semuanya akan diterima dan dijangkakan DAP hanya mendapat tiga hingga empat jawatan.

Nama yang dicadangkan DAP termasuk Teo Nie Ching (Kulai), Liew Chin Tong (Iskandar Puteri), Chong Chieng Jen (Stampin), Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), Young Syefura Othman (Bentong) dan Steven Sim (Bukit Mertajam).

Antara kementerian yang disasarkan DAP ialah Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan,  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perladangan Dan Komoditi.

Secara keseluruhannya, PH dijangka mendapat 15 jawatan dengan PKR memperoleh antara tujuh hingga sembilan jawatan.

Dalam pada itu, BN juga dijangka mendapat tujuh jawatan, tetapi MCA dan MIC dijangka tidak diberi jawatan.

Sementara itu, Kabinet dijangka memperincikan skop kementerian termasuk menentukan kementerian mana yang bertanggungjawab terhadap isu perumahan serta seni dan kebudayaan.

Berdasarkan nama kementerian yang baharu iaitu Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pelancongan, adalah tidak jelas sama ada skop tanggungjawab mereka juga meliputi
perumahan serta seni dan kebudayaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast