KUALA LUMPUR – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) akan mengadakan acara rekreasi awam selama dua hari dalam usaha melibatkan diri dengan masyarakat.

Acara yang dinamakan ‘MBSB Bank Pit Stop’, akan dijalankan di Presint 3, Putrajaya pada 10 dan 11 Disember 2022 dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berharap acara anjuran bank ini mendapat sambutan baik dalam kalangan orang ramai.

“MBSB Pit Stop’ adalah acara mini karnival yang diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan untuk keluarga dan individu, terutamanya peminat sukan.

Mereka yang menyertainya berpeluang mendapat hadiah menarik termasuk basikal lipat dan jam pintar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast