Timbalan Presiden Malaysian International Humanitarian Welfare Foundation (MIHWF), Datuk Hamidah Osman bercakap kepada media menuntut kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan segera terhadap Hakim Mohd Nazlan yang menghakimi kes penyewelengan dana SRC membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika di Jom Sate, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mengambil tindakan segera terhadap Hakim Mohd Nazlan Md Ghazali yang menghakimi kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Timbalan Pengerusi Malaysia International Humanitarian And Welfare Foundation (MIHWF), Datuk Hamidah Osman berkata, tindakan itu dapat merealisasikan satu perubahan drastik dalam membuat reformasi institusi kehakiman.

“Saya berharap kerajaan yang baru ini dapat benar-benar berbuat demikian untuk mengembalikan integriti badan kehakiman yang tercalar.

“Ia juga dapat memastikan badan kehakiman bersih dan tidak lagi digunakan bagi tujuan politik,” katanya pada sidang media di Jom Sate, WTCKL, di sini, hari ini.

Menurut Hamidah, Mohd Nazlan mempunyai konflik kepentingan ketika membicarakan kes SRC International yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Justeru beliau menuntut keadilan perbicaraan terhadap Najib dan meminta Anwar melihat kembali segala aduan yang dikemukakan terhadap Mohd Nazlan.

“Kami ingin kerajaan baharu ini untuk melihat kembali segala aduan yang dikemukakan sebelum ini mengenai kes Hakim Nazlan yang jelas mempunyai konflik kepentingan ketika membicarakan kes SRC yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

“Meragukan, khuatir dan membimbangkan kenyataan Hakim Nazlan tidak boleh didakwa. Hakim tu manusia, bukan malaikat.

“Tambahan pula, kesalahan itu dibuat semasa beliau dia merupakan Peguam Am dan Setiausaha Syarikat Maybank yang meluluskan pinjaman kepada SRC,

“Apakah kesalahan-kesalahan seorang Hakim dapat pengecualian atau kekebalan dan imuniti walaupun kesalahan itu dibuat sebelum menjadi hakim?,” katanya.

Sebelum ini, MIHWF telah membuat laporan polis pada 1 November lalu, serta menghantar memorandum kepada Peguam Negara (AG) pada 3 November atas perkara berkenaan dan menggesa tindakan segera diambil.

Selain itu, satu laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) juga telah dibuat pada 9 November lalu.

Namun menurut Hamidah, sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas atau tindakan diambil oleh mana-mana pihak.

Tuntutan ini dibuat berdasarkan kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak 27 mukasurat yang telah tular.

“Di dalam kertas siasatan tersebut, SPRM telah menyatakan Hakim Nazlan telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 220 Kanun Keseksaan kerana melanggar etika kehakiman”

“Dia boleh dikenakan hukuman prnjara maksimum 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bukan Nazlan jaaa…tubuhkan tribunal dan ambil tindakan terhadap hakim2 Mahkamah Persekutuan yg dilantik oleh Medey & Tommy secara tidak berpelembagaan spt yg didedahkan dalam laporan. Mereka ni merosakkan integriti sistem kehakiman Malaysia..memalukan sungguh!

  2. Eloklah disegerakan siasatan terhadap Nazlan diatas kapasitinya sebagai peguam am sebuah syarikat pada masa itu. Ianya sudah tertunda sangat lama. Seorang peguam tidak maksom dari membuat sebarang kesalahan. Ini utk mengelakkan rakyat dari membuat andaian songsang terhadap sistem kehakiman kita?

Comments are closed.