PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan tiga ‘tahanan kurus kering’ di Depoh Tahanan Imigresen Kimanis, Sabah disebabkan layanan buruk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Beliau turut mengakui pihaknya sudah mendapat maklumat mengenai gambar dan video yang tular mengenai kejadian tahanan di depoh berkenaan.
“Ini adalah kegiatannya sebelum ditahan dan dimasukkan ke depoh yang menyebabkan fizikal badan dia susut,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di JIM, di sini, hari ini.
Ditanya sama ada pihaknya akan melakukan pemeriksaan mengejut di depoh berkenaan, Saifuddin berkata, itu adalah proses biasa yang berterusan dilakukan jabatan itu.
Semalam, tular satu rakaman video dan beberapa gambar lelaki yang kelihatan kurus kering yang merayu meminta bantuan untuk dibebaskan daripada tahanan di depoh Kimanis.
Dalam klip berdurasi 90 saat itu, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Salomon merayu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengarah Imigresen negeri, SH Sitti Saleha Habib Yusoff untuk membebaskan mereka.