Sepasukan enam anggota bomba membantu menurunkan jenazah seorang lelaki seberat 230 kilogram masuk ke dalam liang lahad pada majlis pengkebumian di Kampung Paya Ikan, Bukit Baru, Melaka, semalam.

MELAKA – Sepasukan enam anggota bomba membantu menurunkan jenazah seorang lelaki seberat 230 kilogram masuk ke dalam liang lahad pada majlis pengkebumian di Kampung Paya Ikan, Bukit Baru di sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil Pegawai Bomba Kanan II Kamarudin Mat Amin berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.47 pagi.

Menurutnya, sepasukan enam anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sejauh tiga kilometer sebelum tiba empat minit kemudian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati seorang jenazah lelaki berusia 29 tahun seberat 230 kilogram yang memerlukan bantuan untuk dibawa masuk ke liang lahad.

“Pasukan yanf dibantu beberapa ahli keluarga kemudian berjaya menurunkan jenazah berkenaan menggunakan tali hos masuk ke liang lahad sehingga operasi tamat kira-kira 30 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kerja-kerja membantu menurunkan jenazah tamat pada jam 12.21 tengah hari. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast