Datuk Seri Saifuddin Abdullah

KUANTAN – Sebahagian matlamat dan objektif  penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menggantikan UMNO telah dicapai selepas memperoleh kemenangan 70 daripada 112 kerusi majoriti Melayu pada Pilihan Raya Ke-15 lalu.

Perkara itu merupakan tiga isu yang perlu diberi penilaian oleh Bersatu dalam pasca PRU15.

Pengerusi Perikatan Nasional Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, dua perkara lain ialah memperkasa sayap bersekutu yang membuka keahlian kepada bukan Melayu dan bukan bumiputera sekali gus mempertingkatkan sokongan mereka terhadap Bersatu.

Ketiga adalah meningkatkan program pentadbiran parti supaya memiliki jentera pilihan raya yang lebih komited dan mantap.

“Bersatu perlu muhasabah dengan melihat kelebihan dan kekuatan parti dalam pasca PRU15,” katanya di sini hari ini.

Mengulas terkuburnya Bersatu di Sabah, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, beliau kesal dengan tindakan mereka walaupun tidak menyalahi Akta Anti Lompat Parti kerana Sabah masih belum meluluskan akta berkenaan.

“Kita kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh teman saya di Sabah apabila mereka memenangi kerusi atas nama parti Bersatu tetapi telah membuat keputusan untuk dikeluarkan parti ini,” katanya.

Namun demikian, menurut Saifudin, Bersatu Pahang akan tetap kekal, utuh dalam parti dan tidak akan berganjak dokongan serta sokongan kepada parti terbabit – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Jadi betullah tindakan Presiden UMNO untuk tidak bersama Bersatu dan enggan menyokong Muhyidin sebagai PM…tahniah DS Zahid

  2. Tahniah BERSATU kerana berjaya gantikan UMNO kerana BERSATU kini lebih rasuah lebih sakau dan lebih kluster mahkamah. Cepat cepatlah presidennya di sumbat ke penjara kajang.

  3. Kalu ganti hang jd kerajaan baru nama ganti.. ni jd pembangkang tak de dinamakan ganti. Cuba lagi la ye pru16. Sementara nk tunggu 5 tahun tu jdlah pembangkang yg mantap jgn jd pembangang yg hebat!

Comments are closed.