Jamal Md Yunos
Jamal Md. Yunos

KUALA LUMPUR – Jangan pertandingkan jawatan Presiden UMNO dan timbalannya dalam pemilihan parti akan datang.

Itu cadangan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dan mahu supaya usul tersebut dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 bulan depan.

Menurut beliau, ia adalah kerana UMNO masih lagi dalam keadaan rapuh dan tidak stabil.

“Walaupun UMNO mengamalkan sistem demokrasi tetapi apa yang berlaku yang kalah tidak dapat menerima kekalahan dan melakukan gerakan agar yang menang didesak untuk meletakkan jawatan seperti apa yang berlaku sebelum pemilihan pada tahun 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UMNO perlu mengadakan pemilihan di semua peringkat bagi penggal baharu dalam masa enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berakhir, seperti yang dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO 2021.

Kali terakhir parti itu mengadakan pemilihan adalah pada 30 Jun 2018.

Pemilihan yang sepatutnya berlangsung tahun ini ditangguhkan bagi mengelakkan perpecahan dalam UMNO menjelang PRU-15. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Elok juga tidak payah bertanding jawatan tu. Senang sikit PN nak dapat undi dari penyokong UMNO. Hoi ya hoi lah PN lepas ni.

Comments are closed.