KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah hari ini terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor atas dakwaan memfitnahnya baru-baru ini.
Anwar mendakwa Sanusi telah memfitnahnya dalam satu ceramah kempen pilihan raya di Tambun, Perak pada 13 November lalu.
Saman itu telah difailkan melalui Tetuan SN Nair & Partner di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah hari ini dengan menamakan Muhammad Sanusi sebagai defendan tunggal.
Dalam penyataan tuntutan, Anwar mendakwa Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah didakwa memfitnahnya dalam satu ceramah kempen pilihan raya sebagai menyokong calon PN Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Dakwa Anwar sebagai plaintif, dalam ceramah itu, antaranya membawa maksud beliau telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya selain merupakan seorang pembohong.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun mendakwa ceramah itu membawa maksud beliau telah mengkhianati mandat rakyat selain seorang penjenayah walaupun pengampunan penuh telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Anwar mendakwa ucapan itu kemudian diterbitkan dan disiarkan secara siaran langsung melalui laman sosial Facebook di bawah nama ‘Faizal Azumu’.
Ceramah itu kemudian mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen setakat tarikh pemfailan saman itu. – MalaysiaGazette
Terbaik DS Anwar..jgn dibiarkan budaya fitnah ni berleluasa..
Budaya fitnah memamg amalan puak² ni. Budaya bangsat demi kelangsungan politik jahat mereka.
ANWAR wajib saman mereka yang FITNAHNYA MELIWAT 1 DAN 2 termasuk HAKIM2 yang jatuhkan hukuman penjara bertahun
ANWAR WAJIB saman HJ HADI yang berserban berjubah FITNAHNYA akan BERSEKONGKOL dan kerjasama dengan ZAHID perasuah/ dan parti kleoprat RUJIUKVIDEO PRU15
ANWAR WAJIB SAMAN FITNAHNya menjadikan DAPIGS sebagai tunggangan PKR serta PENASIHAT dari DAPIGS…..
wajib SAMAN yang ANWAR DIFITNAH JANJI minyak akan turun/ptptn dan TOL HAPUS JIKA pegang PUTRAJAYA….jangan bagi alasan MANIFESTO tidak masuk akal atau Bukan kitab suci nanti
cadangan SAMAN RM600-900BILION
HARAP info ini BUKAN FITNAHHH
ANWAR UMUMKAN TOLAK GAJI PM/ SEBARANG CENDERAMATA/ KERETA MERCEDES MEWAH….TAPI..
BERLAPANG DADA TERIMA DAN KERJASAMA DENGAN PERASUAH2 DAN PENYAMUN NEGARA DEMI
GILA DAN KEMARUK KUASA JADI PM…..HABIS DIBOGELKAN JANJI DAN GADAI MARUAH SERTA PRINSIP PERJUANGAN