KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dikatakan telah ditamatkan semalam.
Menurut laporan FMT yang memetik sumber, tindakan itu diambil atas nasihat lembaga disiplin yang membuat keputusan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.
Sebelum itu, tersebar gambar surat pemecatan itu di media sosial yang kononnya ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Surat itu menyatakan perkhidmatan Mohd Shafiq ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49(3) Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1983 dan peraturan 10(5)(d) Akta Pencen.
Bagaimanapun kesahihan surat itu tidak dapat disahkan.
Mohd Shafiq sebelum ini terbabit dengan satu kontroversi selepas seorang pegawai imigresen mengadu Shafiq mengherdiknya ditempat awam.
Satu jawatankuasa tertinggi kemudiannya ditubuhkan untuk menjalankan siasatan.
Panel siasatan diketuai Peguam Negara Idrus Harun dan dianggotai Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki dan Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul.
Beliau adalah ketua setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dilantik mengetuai JPA pada Februari lalu. – MalaysiaGazette
atas nasihat lembaga disiplin yang membuat keputusan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
x mustahil ANWARFIKUN lantiknya jadi Senator….kluster rasuah mahkamah ZAHID dn sekutu SERTA yang KALAH pun boleh dLANTIK dalam KABINET
SANDIWARA PRU15.jaga INTERGRITI jangan GADAI MARUAH dan PRINSIP .. BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH…berjanji dan kutuk maki hamun sesama mereka…akhirnya semua bawah KETIAK DAN KELENGKANG P akatan H ancing
Atas sebab2 yg agak remeh, rakyat tertanya2 kenapa kerajaan minoriti skrg bertindak sedemikian.
Jom semua kakitangan kerjaan sama2 kita mengangkat calon2 PN dlm PRU akan datang, pemimpin masa depan kita yg lebih cemerlang dan gemilang.